Ahad, 31 Ogos 2008

Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 51



Cuba kita sama-sama renungkan sejenak..... Apa erti kemerdekaan masa kini....

Jumaat, 29 Ogos 2008

Budget 2008... huhuhuh dapat bonus 1 bulan daaa!!



Petang tadi, Pak Lah mengumumkan berita gumbira buat penjawat awam bahawa bonus 1 bulan gaji akan diberikan melalui 2 kali pembayaran iaitu pada September dan Disember ini... Banyak-banyak terima kasih lah... tak kan bonus jer kut... elaun cola sama itu elaun rumah tarak naik kaaaa? aiyak...

Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Sijangkang 2008


Jumaat lalu pada 29hb ogos 2008, sk sijangkang telah mengadakan program sambutan hari kemerdekaan ke 51. Aku pulak menyelaraskan aktiviti berbasikal mengelilingi kampung. Kali ini terdapat hanya 2 lokasi persinggahan iaitu rumah Datin Paduka Fatimah Shuhaimi, YDP PIBG SKS dan rumah Hj. Yassin, orang penting di Kampung Sijangkang.

Rabu, 27 Ogos 2008

Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh


Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh... alhamdulillah... Semoga kemenangan ini menjadi satu turning point dalam senario politik malaysia... Pesanan untuk Barisan Nasional & Umno supaya jangan leka sangat berada di atas... Rakyat perlukan pembelaan... Pemimpin yang angkuh & tamak ditolak rakyat... Pemimpin berjiwa rakyat disanjung tinggi...

Selasa, 26 Ogos 2008

Alahai.. Alif Amsyar pulak kena 'chicken pox'


Hari nih aku terpaksa mengambil cuti untuk membawa si comel nih ke klinik... kerana dijangkiti chicken pox... memang tak tido malam aku dibuat nyer... banyak2 bersabar yer abang alif.... jangan lupa makan ubat...

Ahad, 24 Ogos 2008

Yeah! Yeah! Cuti Sekolah...!!!


Cuti sekolah nih.... aku dan family tak pegi jalan mana2 pun sebab arif adham kena 'chicken pox' so kami stay jer kat umah...
Cuma ini aje aktiviti kami minggu cuti sekolah nih...

Happy Birthday Untuk Isteri Ku...




Selamat Ulang Tahun Ke 28 tahun.. moga2 dipanjangkan umur dan murah rezeki....

Jumaat, 22 Ogos 2008

Selamat Harijadi 1 Tahun Arif Adham



Hari ini genap lah Ariff Adham anak aku yang ke 2... berusia 1 tahun... pejam celik 2x.. dah besar dah budak nih... semoga jadi anak yang soleh... ayah, ibu dan abang amsyar ucapkan selamat panjang umur dan murah rezeki..... Adik Adham nak hadiah apa ? Tunggu........ Ada surprise untuk adik... ekekekekeke.. esok birthday ibu plak... nanti ayah belanja adik dengan ibu makan besar... huhuhuhuh

Selasa, 19 Ogos 2008

Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) Selangor 2008




Tempat :- SK Seksyen 9, Shah Alam

Tarikh :- 14 & 15 Ogos 2008


Pada minggu lepas, aku telah ditugaskan untuk melatih pasukan ragbi rimau under 10 Kuala Langat bersama dengan cikgu azhar dari sk jugra selama 4 hari. Budak2 SK Sijangkang seramai 5 orang telah terpilih.
Jadi terpaksalah aku berulang-alik ke sk jugra dan meninggalkan anak2 2Pintar tuh.... Nasib baik depa baru jer abis ujian UB2...


Cikgu Roslan selaku pengerusi teknik tidak dapat ikut serta training kerana sedang mengikuti kursus kepengadilan di COBRA sempena COBRA 10'S.


Pasukan Under 10 Kuala Langat mendapat Naib Johan Kategori Cup pada tahun ini. Kami telah ditewaskan oleh Klang di perlawanan akhir 5-15. Adik Mahfuz Naeem telah terpilih selaku pemain berbakat pada karnival kali ini.


Keputusan Penuh:-
  • kuala langat vs gombak = 5 - 0
  • kuala langat vs petaling perdana = 15 - 10
  • kuala langat vs hulu selangor = 30 - 0
  • kuala langat vs kuala selangor = 5 - 0
  • kuala langat vs klang = 5 - 15

Selasa, 12 Ogos 2008

Sabtu, 2 Ogos 2008

kejohanan bowling tertutup sk sijangkang 2008



Aku memang tak pandai sangat main bowling nih... tapi sekadar suka-suka sahaja... bola bowling pun tarak... tak macam kawan2 yang lain... berhabis ratusan ringgit untuk memenuhi hasrat untuk mencatat jatuhan pin terbanyak... huhuhuhu..

Alhamdulillah aku dapat jugak ler ranking ke 5 keseluruhan... ekekeke.. jangan marah aaaa!!!

Jumaat, 1 Ogos 2008

Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) MSSD Kuala Langat 2008


Tarikh :- 31 Julai 2008
Hari :- Khamis
Tempat :- SK Jugra

Aku bersama2 dengan cikgu asri dan cikgu radzi telah membawa team sk sijangkang under 10 menyertai katmo kuala langat. Pada tahun ni cuma ada 4 sekolah sahaja iaitu sk jugra, sk sungai buaya dan sk olak lempit sahaja.

SK Sijangkang telah mendapat johan untuk tahun ini.. Syabas diucapkan. Adik Mahfuz Naeem telah melakukan try terbanyak bagi edisi kali ini.