Selasa, 30 September 2008

Aduuhh.. Panas Nyer!!!!

Hahaha... memang hangat lagi panas... memang dah jadi tradisi family aku .. acara membakar lemang... pagi2 lagi dah ready nak bakar nih... mak aku masukkan pulut dalam buluh... abg aku plak kopek kelapa & kukur kelapa... ayah pulak sediakan tempat bakar dan kayu api.. aku pulak.. hihih.. perah santan, masukkan santan... dan susun lemang kat tempat bakar... orang tua aku dah tak larat nak tolong lebih2.. so aku berdua dgn abg yg bakar lemang tahun nih.. dan hasil nyer sungguh sukses.... Kak Yah & family balik hari nih..

Isnin, 29 September 2008

Balik Kampung!!!

Bertolak dari rumah pkl 10:00 pagi sampai di keratong pkl 1:00 petang... punya lah lama aku tak balik kampung... hihihi esok tak raya lagih.. huhuh kena posa satu hari lagi.. padan muka wakawakawaka :p

Ahad, 28 September 2008

Kemas Rumah Kah Pulak

Hari nih plak aku bergotong-royong dengan org umah mengemas rumah.... kena potong rumput... tukar sarung sofa.. vakumm & mop rumah.. kemas dapur... penat yer.. esok balik kg.... yeah! yeah!

Sabtu, 27 September 2008

Pergi Jalan TAR Lagih!!!

Haaa.. hari nih aku, sue, along & abg nizam telah pergi ke Bazzar Ramadhan di Jalan TAR... Destinasi pertama kami tujuan ke Medan Mara.. Sue terus menyambar sepasang baju kurung silk china & sehelai tudung.. kejab jer dia pilih... Aku cuma tengok2 jer.. heheh :P

Kebetulan kat situ ada kaunter kutipan zakat fitrah so... aku pun menunaikan ler tanggungjawab aku..

Selepas itu, aku bersama2 rombongan terus ke Bazzar Ramadhan di Jalan Tar.. huhuhu ramai nyer umat... Nasib baik aku letak anak aku kat rumah pengasuh... Motif nyer satu jer.. mau carik baju melayu untuk ayah dan baju kurung utk mak... tema kaler tahun nih hijau.. huhuh :p.. baju mak senang jer carik cuma yang susah sikit baju ayah ler... baju melayu cekak musang banyak.. ayah plak minat pakai stail leher tulang belut... jalan punya jalan.. sampai ker masjid jamek... jauh tuh.. last2 dapat jugak...

Petang nyer mak & ayah pun sampai... so tercapai ler hajat depa nak jumpa sebelom aku balik ker kg di pahang... macam2 cerita...

Jumaat, 26 September 2008

Minggu terakhir sekolah... macam2 hal..

minggu nih aku terlalu sibuk dengan pelbagai hal2...so takde masa untuk menulis dalam blog nih... firstly.. anak ke2 aku sakit tekak plak.. ada 2 ulser besar kat dalam mulut dia.. asyik merengek jer.. paling kronik time dia merengek jam 3 pagi sampai 5 pagi... bijik mata aku dah mcm nak terkeluar dah.. kesian aku tgk... kena makan & minum benda sejuk jer... dah masuk 3 hari dah ok sikit la... cepat sembuh yer dik...

minggu nih jugak aku kena layan org umah pegi beli brg keperluan umah @ baju raya bini... destinasi shopping di Plaza Alam Sentral... sempat ler dia sambar sepasang baju kurung moden.. dan 2 helai blouse kat butik 1st lady... hihihih rm125... ok lah tuh.. katanya handbag dgn kasut blom beli lagi.. ingat nak beli kat mid valley kut...aku pulak terpaksa mengejar alif satu plaza alam sentral..penat nyer lah... rasa geram gak... tergelak pun ada... sebab anak aku paling terpegun dengan tangga escalator.... puas aku layan turun naik benda alah tuh...

aku plak bayar segala bil2 yang ada... lepas raya tak de lar melompat nak beratur bayar bil... hihih.. takut terguna duit plak. hihih.. lepas raya ternganga plak...

semalam aku ker ikea ... persiapan utk rumah plak... tahun ni kami cuma tukar cover sofa yang sedia ada sahaja... rege boleh tahan gak.. rm765.. :p ... aku beli lampu dinding, dan papan deco... izu plak pesan kerusi baby..... nasib baik aku dah mengecat umah sebelum puasa.... jadi umah aku raya nih ada lah sikit perubahan...

Sabtu, 20 September 2008

Ayah kena jaga anak hari nih...

Hari sabtu seperti biasa aku telah ditugaskan oleh orang rumah untuk menjaga ke2 orang anak comel ku... biasalah tanda sokongan kepada orang rumah yang berusaha keras menghadiri kelas OUM... walaupun dalam bulan ramadhan.. dlm hati ada niat nak ponteng tuh.. :p.. hahahha... kelas minggu lepas dah 'tuang'...

Anak aku yang sulung seperti biasa akan bangkit awal... macam tau2 jer ibu dia nak kuar rumah... hihihi.... dia nih memang ada 6th sense kut... kalau ada niat nak kuar rumah jer tak kiralah aku @ orang umah... mesti tau punyer... seingat aku ... aku tanam uri anak2 kat depan umah... sebab tu kut... tengok jer ibu dia naik kete jer... terus ler dia berkaorake sekejab...

8.30 pagi... ke2 hero aku nih aku kasi mandi.. sebab nak bawak depa nih kuar ke kedai... pastu makan.. main... tgk kartun....minum susu... 'cebok' & tukar lampin... jangan harap lah nak tukar channel lain... pukul 12:30 sumer tido dengan aku sekali tumbang.. dari bangun sahur tadi tak tidur...

pukul 3:30 ibu depa nih balik... ceria habis muka hero2 aku... tapi aku pelik apsal orang rumah aku nih terus jer pegi dapur bukak peti sejuk.... lahhh rupa2 nyer dah dapat cuti.... astaga...

petang nyer aku ke rumah ikbal bersama alif... sebab mengambil baju raya yang aku beli di ebay... hihihih 2 pasang baju rugby... kelab cardiff blues & new south wales... :p.. sempat ler aku jumpa kak D... org umah ikbal keje plak ari nih.. aku tanya ikbal raya mana tahun nih... org umah dia tak dapat cuti raya daa.... kesian.. raya kat selangor jer... hihihihi tabahkan hati bal...

lepas tuh aku ker bazzar ramadhan depan sekolah dgn alif.. penat aku kena kejar di dari awal gerai sampai kat hujung jambatan... pastu tunjuk macam2.. hihih nak air lah... doughnut ler... aku sambar nasik beriani jer... senang.. sebab ari nih berbuka sorang jer..

p/s:- start dr pagi esok maka bersahur ler aku sorang2....

Jumaat, 19 September 2008

Kawan-kawan lama... mana lah korang sekarang?

entah dari mana datang nyer.... si alif keluar dari dalam bilik sambil memegang album gambar lama... aku belek satu2 gambar tuh bersama dengan 2 org rakyat yang cergas nih... ada kala nyer aku tersenyum... ketawa dan termanggu seketika.... sebab ada sebilangannya sudah tiada lagi... memori ketika masih dibangku persekolahan hinggalah ke maktab dan tempat kerja sekarang... kalau lah diberikan aku kesempatan & kemampuan.. ingin benar aku bertanya khabar tiap2 orang yg pernah aku kenali... sambil bercerita mengenang kembali nostalgia dulu..

p/s:- tak kira lah dimana jua anda berada... anda semua masih dalam ingatan..

Khamis, 18 September 2008

Ngeteh dengan kekawan..

tadi baru jer aku kuar minum dengan yusri, radzi, omar dan asri kat f&f.. huhuhu.. banyak jugak ler citer2 baru yang kuar... tapi isu yang hangat diperkatakan berkenaan hari kantin sks nanti.. oleh sebab tarikh asal 1 nov tuh dekat sgt dgn final exam, so kena ler tunda ke 8 nov.... itu asri yang cakap lah.. dia kan s/u pibg.. aku plak kena ler bersiap sedia dengan tugasan aku untuk hari tuh... tugasan aku apa haaaa? tunggu jer lah nanti...

Rabu, 17 September 2008

Jalan-jalan Carik Baju Raya....

Hari ni satu selangor cuti sempena nuzul quran.. tahun ni banyak betol cuti.. syok dapat jadi warga selangor.. huhuhu.. Patutlah Tun M cakap malaysia ni banyak sangat cuti... Jadi aku dan wife mengambil kesempatan untuk pergi membeli persiapan untuk aidilfitri akan datang.. Dengar cerita dari wife aku... kawan2 sekolah pun ari nih nak turun kl gak... penoh ler kl dengan rakyat selangor...

Kalau tahun-tahun terdahulu.. bila hampir tiba bulan perayaan mesti dapat payday lebih awal tapi tahun nih lewat plak... haru betul la.. so budget agak cipuuuuuutttt .... Aku tak tahu apa yang nak dibeli tapi dalam kepala nih cuma nak beli baju raya untuk 2 arjuna tersayang tuh... tak lupa juga buat isteri... aku pakai baju yang lama pun tak per.. janji mereka semua dapat bergembira... aku jugak nak carik something buat kedua2 mertua aku dan tak lupa pada mak dengan ayah aku di kampung... rindu kat mak ayah nih.. dah berbulan tak balik... hanya berhubung melalui telefon saje.

Wife aku cadang nak bershopping di Jalan TAR... mana2 lah... kedua2 arjuna aku kali ni terpaksa direhatkan di rumah pengasuh... tak berani bawak budak2 kat kl... takut hilang masa tgk2 barang...

Selasa, 16 September 2008

Penyampaian Sumbangan Kepada Murid Yatim & Miskin



Semalam aku telah ditugaskan untuk mengendalikan p.a. system untuk program ini. Sumbangan diterima sebanyak rm7000 dari Bank Simpanan Nasional. Seramai 70 orang murid yang layak telah menerima wang sumbangan tersebut. Rupa-rupa nyer kawan aku dah jadi manager BSN Banting daaa.. patut ler bz jer kalau nak ajak gie 'ngeteh'... Selamat maju jaya lah Cik Omar Baki... nanti tournament hoki USM Open jangan lupa ajak kawan yer..

Ahad, 14 September 2008

Akibat minum arak...



LARANGAN MINUM ARAK (Khamar)
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata:
"Akan dibangkitkan pada hari kiamat orang peminum khamar itu bermuka hitam, biru matanya, keluar lidahnya sampai kedadanya, mengalir air liurnya, tiap orang yang melihat akan jijik padanya kerana busuk baunya. Kamu jangan memberi salam kepada pemabuk dan jangan melawatnya jika mereka sakit dan jangan menyembahyangkan jika mati."
m asruq berkata:
"Peminum khamar itu seperti penyembah berhala, jika ia menganggap halal khamar."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiap-tiap yang memabukkan itu khamar dan semua yang memabukkan itu haram. Dan siapa yang minum khamar didunia sehingga mati belum bertaubat maka tidak akan dapat minum khamar diakhirat."
Abul Laits berkata Rasulullah s.a.w. telah menerangkan bahawa tiap minuman yang memabukkan itu haram, dimasak atau tidak dimasak.
Sebagaimana riwayat Jabir r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
Semua yang memabukkan jika diminum banyak, maka sedikit juga haram."
Dilain riwayat dikatakan:
"Yang memabukkan jika diminum satu botol, maka seteguk juga haram."
Abul Laits berkata:
"Peminum khamar yang dimasak (tuak) itu lebih besar dosanya daripada yang minum khamar yang tidak dimasak sebab peminum tuak itu merasa bahawa itu haram tetapi yang minum khamar yang dimasak itu adakalanya ia merasa bahawa itu sudah halal sehingga dapat menyebabkan kekafirannya."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Usman bin Affan r.a. ketika berkhutbah berkata:
"Hati-hatilah kamu dari khamar sebab ia induk dari dosa-dosa yang keji, sesungguhnya dahulu ada seorang abid yang biasa pergi masjid, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang wanita pelacur, maka ia dipanggil oleh pelayannya dan dimasukkan kedalam rumahnya, lalu ditutup pintunya. Sedang disisi wanita itu ada segelas khamar dan seorang anak kecil. Maka berkata wanita itu: "Engkau tidak boleh keluar sehingga minum khamar atau berzina padaku atau membunuh anak kecil ini. Jika tidak saya akan menjerit dan berkata: "Ada orang masuk kerumahku." Jawab abid itu: "Zina saya tidak mahu, membunuh juga tidak." Lalu ia memilih khamar sahaja. Dan setelah ia minum dan mabuk maka ia berzina dan membunuh bayi itu." Usman berkata: "Kerana itu tinggalkanlah khamar itu kerana ia sebagai ibu dari dosa-dosa dan sesungguhnya tidak dapat berkumpul iman dan khamar didalam dada seseorang melainkan harus keluar salah satu. Yakni seorang jika telah mabuk maka akan keluar dari lidahnya khalimat-khalimat kufur lalu menjadi kebiasaan sehingga dibawa amti dalam khalimat itu sehingga menyebabkan ia kekal dalam neraka."
Adhdhahhaah berkata:
"Siapa yang mati sedang tetap minum (khamar) maka akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan mabuk." Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu:Orang bakhil (kedekut) Orang yang mengungkit pemberiannya Orang yang tetap minum khamar Dan orang yang durhaka terhadap kedua ibu bapanya
Ibn Mas'ud berkata:
"Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:Yang memerah Yang minta diperah Yang minum Yang memberi minum Yang membawa Yang menghantar Yang membekal Yang menjual Yang membeli Yang menyimpan
Juga Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir'aun dan Haman."
Aisyah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Siapa yang memberi makan walau sesuap kepada orang yang minum khamar, maka Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan ular atau kala dibadannya dan siapa yang menyampaikan hajatnya maka bererti membantu merobohkan Islam. Dan siapa yang meminjamkannya bererti membantu untuk pembunuhan seorang mukmin dan siapa yang duduk bersamanya dibangkitkan pada hari kiamat buta tidak berhujjah. Maka jika sakit jangan engkau jenguk. Jika menjadi saksi jangan kamu terima persaksiannya. Demi Allah yang mengutuskan aku dengan hak tidak akan minum khamar kecuali orang yang terkutuk dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran. Dan siapa yang minum khamar maka telah kafir dengan semua kitab yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Nabi-nabi-Nya dan tidak akan menghalalkan khamar kecuali orang kafir. Dan siapa yang menghalalkan khamar maka aku lepas tangan daripadanya dunia akhirat."
Athaa' bin Yasaar berkata:
"Ada orang tanya kepada Ka'bul ahbar: "Apakah khamar telah diharamkan didalam kitab Taurat?" Jawabnya: "Ya, ayat (Yang berbunyi): Innamal khamru wal maisiru. itu tersebut dalam Taurat. Sesungguhnya Kami menurunkan yang hak untuk menghalau yang bathil dan membatalkan permainan dan terbang dan seruling dan khamar, celaka benar peminum khamar." Allah s.w.t. bersumpah dengan kemuliaan dan kebesaranNya terhadap siapa yang melanggar (iaitu) meminum khamar akan dihauskan pada hari kiamat dan bagi siapa yang meninggalkannya sesudah diharamkan maka akan diberinya minum khamar disyurga dari Hadhiratul-qudsi."
Abul Laits berkata:
"Awaslah kau dari minum khamar kerana ia mengandungi sepuluh bahaya iaitu:Peminumnya seperti orang gila dan menjdai tertawaan anak kecil dan tercela dikalangan orang-orang berakal Ibn Abud-Dunia berkata: "Saya melihat orang mabuk dijalan diBaghdad, ia sedang kencing lalu mengusapkan air kencing itu kemukanya sambil membaca: Allahummaj alni minattawwabin waj'alni minal mutathahhirin. Juga ada orang mabuk dan muntah-muntah ditengah jalan sehingga datang anjing menjilat mulut dan janggutnya dan ia berkata kepada anjing itu: "Ya sayyidi ya sayyidi, jangan mengotorkan saputangan." Memboros harta dan merosak akal.
Sebagaimana kata Umar bin Alkhatthab kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, jelaskan pendapatmu mengenai khamar?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sebab nyata menghabiskan harta dan merosak akal." Minum khamar menyebabkan permusuhan diantara kawan-kawan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Innama yuridus syaithanu an yuqi'a bainakumul adawata walbagh dhaa'a filkhamri walmaisir." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya tujuan syaitan akan membangkitkan permusuhan diantara kamu didalam khamar dan judi." Peminumnya terhalang dari dzikrullah dan sembahyang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Wa yashuddakum an dzikrillahi wa anis shalaati fahal antum muntahun." (Yang bermaksud): "Dan juga menghalangi kamu dari dzikrullah dan sembahyang, apakah kamu tidak mahu menghentikan?" Ketika ayat ini turun maka Umar bin Alkhatthab berkata (Yang berbunyi): "Intahainaa ya Robbi." (Yang bermaksud): "Kami hentikan ya Tuhan." Minum khamar itu mendorong untuk berzina, sebab kemungkinan ia menceraikan isterinya tanpa sedar Ia pembuka dari segala kejahatan sebab jika mabuk. mudah berbuat segala maksiat Mengganggu malaikat yang menjaganya kerana memasukkan kemajlis fasiq dan adanya bau busuk Terkena hukum pukul dera lapan puluh kali dan bila tidak terpukul didunia maka di akhirat akan dipukul dengan pukulan dari enraka yang disaksikan oleh orang tua dan kawan-kawan Ia telah menutup pintu langit sebab hasanatnya dan doa-doanya tidak terangkat kelangit selama empat puluh hari Ia berspekulasi (membahayakan) terhadap dirinya sebab dikhawatirkan tercabut iman ketika matinya. Ini semua siksa dunia sebelum siksa akhirat, maka tidak terhitung selain dari minuman hamim dan makanan zaqqum kerana itu seorang yang berakal jangan sampai memilih kesenangan yang sedikit sehingga membuang kelazatan yang besar dan abadi.

Hukum minum arak???


cham ve dan gundik yer


Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya.





Firman Allah yang bermaksud :”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.(Surah Al- Maidah ayat 90)





HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK


Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.





KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)


Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:


i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia


ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.


iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.





PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD


Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:


i) Balighi


i) Berakal


iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa


iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut





Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd.





Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’. (Riwayat Bukhari dalam Sahih)





BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)


Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-


1) Syahadah (kesaksian)


2) Ikrar (pengakuan)


Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.


Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup.


Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.

Liverpool 2 Vs Man Utd 1



malam tadi liverpool berjaya menewaskan man utd ..... lawak2 jugak tengok defend dgn keeper man u.. lepas kan gol banggang... liverpool harap gol banggang baru boleh dapat gol... memang liverpool mengharapkan torres untuk dapatkan gol... kalau injured macam semalam kan susah carik gol.. berbatov nih pun mangkuk gak... bayar jer mahal... kalau sampai hari tongong dia hancusss... aku yakin man utd akan bangkit balik... season nih masih panjang lagi... liverpool perlu lebih konsisten.... jangan lepas nih kalah pulak lawan team dungu... buang karan jer menang dgn man u...

p/s:- kesian ler pada peminat no1 man utd si mat roy dgn ustaz radzi.. huhuhuuh

Drama Ombak Laut China Selatan

Aku nih jenis yang jarang sangat tengok drama atau filem melayu... sebab aku memang tak suka trend drama sekarang.. tak abis2 cerita cinta remaja lah.. koparat lah... cerita cam banggang pun masuk tv... waktu bercuti di Langkawi dulu aku ada menonton satu drama astro prima bertajuk Ombak Laut China Selatan.. memang memberi kesan mendalam... hasil arahan rasyid sibir.. nih ada keratan mengenai drama nih. Sepatutnya drama2 seperti ini perlu banyak dihasilkan oleh penggiat seni tempatan..



Anugerah Oskar 6 - Pesona Pictures, Opera Klasik ungguli filem dan telefilem
Oleh Norliza Mohamad Zakaria



ANUGERAH Oskar 6 yang berlangsung Sabtu lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur menyaksikan kemenangan besar bagi pihak Pesona Pictures apabila meraih lapan anugerah bagi kategori filem manakala Opera Klasik Sdn. Bhd., mengungguli kategori telefilem apabila berjaya merangkul sebanyak tujuh anugerah.


Pesona Pictures mengungguli anugerah itu melalui filem Waris Jari Hantu. Sementara Opera Klasik pula melalui drama-drama arahan Rashid Sibir iaitu Tanah Kubur, Ombak Laut China Selatan dan Wali.

Rashid Sibir yang ditemui pada majlis yang sama kelihatan gembira dengan kemenangan besar pihak Opera Klasik Sdn. Bhd.


Antara anugerah yang dimenangi oleh Opera Klasik Sdn. Bhd., ialah Audio Telefilem, Art Direktor Telefilem, Efek Visual Telefilem, Anugerah Khas Oskar 6, Direktor Telefilem Pilihan, Telefilem Pilihan dan Aktor Telefilem Pilihan.
Rashid juga merupakan calon tunggal yang tersenarai bagi kategori Telefilem Pilihan dan Direktor Telefilem Pilihan.



Diminta mengulas tentang kemenangan tersebut, kata Rashid; “Saya tak sangka dengan kemenangan ini. Sebab setahu saya ada 24 telefilem yang menghantar pencalonan, tetapi yang tersenarai untuk tiga yang terakhir adalah saya. Memang ini saya sifatkan sebagai sesuatu yang menakjubkan.


“Apa pun, saya bersyukur kerana ia jarang berlaku. Bagi pihak penerbit, saya ucapkan terima kasih kepada semua krew yang terlibat sepanjang pembikinan drama saya,” katanya.


Memberi mesej dan keinsafan


Ditanya tentang perancangan penghasilan projek dramanya selepas kemenangan ini katanya; “Selepas ini saya akan cuba menghasilkan lebih banyak drama yang mampu memberi mesej dan keinsafan.


“Walaupun sebelum ini ada pihak yang melabelkan saya sebagai postman kerana banyak menghasilkan drama-drama yang berbentuk nasihat, itu tidak menjadi halangan kepada saya kerana bagi saya lebih baik jadi postman daripada tidak menyumbangkan apa-apa dalam industri ini,” jelasnya.


Tambah Rashid, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menghasilkan filem berat untuk tahun 2009.



GEMBIRA.. Warga Opera Klasik Sdn. Bhd. gembira dengan tujuh kemenangan pada Anugerah Oskar 6 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Rabu, 10 September 2008

Barangan Terpakai @ Bundle... Apa benda yer nih?

Apa itu pakaian@barangan bundle?

Pakaian@Barangan bundle ni memang dah lama ada dekat malaysia ni. Kalau dari zaman aku sekolah dulu memang orang dah sibuk-sibuk nak mencari bundle terutamanya budak-budak yang gilakan brand. Berebut-rebut pergi kedai bundle kalau stok baru masuk...
tapi apa sebenarnya pakaian bundle ni?

Pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang terpakai yang diimport dari luar negara seperti US, Jepun, UK, Korea dan negara-negara Eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Inilah yang dipanggil BUNDLE. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. Kita boleh jumpa pakaian tu siap dengan tagging dia lagi. Kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai.



Jenis pakaian bundle...???

Jenis pakaian yang ada dalam bundle macam-macam dari kemeja & t-shirt sampailah ke bra dan girdle. Hehehe.. memang 1001 macam jenis pakaian. Tapi selain pakaian biasa ada juga bundle kasut, selimut, toto, langsir dan macam-macam lagi lah. Selagi benda tu boleh digunakan semula, memang akan dijual sebagai bundle.

Apa yang menariknya pakaian second hand ni...?? Kepada mereka yang tak pernah @ tak minat pakai bundle ni mesti pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. Tak kurang pula yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. Ini terpulanglah kepada citarasa dan minat masing-masing. Tapi apa yang menariknya pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US. Kualiti kain dan printing memang bagus. Bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah.

Bagi aku pulak, aku diperkenalkan barangan bundle ni dari bapak aku... bapak aku nih memang kaki bundle. Dari perabot rumah, alat elektrik sampaikan ke pakaian pergi kedai bundle. Maklum ler keluarga aku bukan nyer orang berada sangat jadi terpaksa ler berjimat cermat. Kalau beli meja makan baru rm250, kalau kat kedai bundle boleh dapat rm100 made in Italy lagi, sapa tak mau. Tapi itu dululah. Sekarang tokey kedai bundle ni dah pandai demand harga. Sampai itu tokey kedai bundle kamceng dengan bapak aku. Kalau barang baru sampai kompem dia inform bapak aku dulu. Maklum lah regular customer.


Aku pulak lebih kepada baju rugby ( Canterbury ). Kalau masuk mana2 kedai bundle, mesti aku usha baju canterbury dulu. Aku nih suka dengan jersi-jersi rugby sebab design nyer yang tahan lasak dan pelik2 sikit. Lagi satu jarang sangat orang pakai baju rugby kalau jersi bola tuh melambak orang pakai. Nak beli jersi baru kat butik canterbury kat uitm @ the curve tuh mahal yer... maklum lah dah berkeluarga nih banyak benda nak berjimat. Tapi sebab minat dari bujang lagi terpaksa ler ke bundle jugak akhir nya.



p/s:- sekarang susah nak dapat jersi canterbury kat bundle... so aku dah bertukar arah ke Ebay.. macam-macam ada.

Selasa, 9 September 2008

Peperiksaan UPSR 2008


Hari bermula peperiksaan UPSR 2008 di seluruh negara. Semoga semua calon SK Sijangkang tenang menjawab soalan yang diduduki. Semoga Maju Jaya.


Isnin, 1 September 2008

Bulan Ramadhan Al Mubarak tiba lagi...



Assalamualaikum, kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat family, kawan2 dan juga semua muslimin dan muslimat seluruh dunia.. Puasa tau jangan tak puasa!!!