Selasa, 19 Ogos 2008

Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) Selangor 2008




Tempat :- SK Seksyen 9, Shah Alam

Tarikh :- 14 & 15 Ogos 2008


Pada minggu lepas, aku telah ditugaskan untuk melatih pasukan ragbi rimau under 10 Kuala Langat bersama dengan cikgu azhar dari sk jugra selama 4 hari. Budak2 SK Sijangkang seramai 5 orang telah terpilih.
Jadi terpaksalah aku berulang-alik ke sk jugra dan meninggalkan anak2 2Pintar tuh.... Nasib baik depa baru jer abis ujian UB2...


Cikgu Roslan selaku pengerusi teknik tidak dapat ikut serta training kerana sedang mengikuti kursus kepengadilan di COBRA sempena COBRA 10'S.


Pasukan Under 10 Kuala Langat mendapat Naib Johan Kategori Cup pada tahun ini. Kami telah ditewaskan oleh Klang di perlawanan akhir 5-15. Adik Mahfuz Naeem telah terpilih selaku pemain berbakat pada karnival kali ini.


Keputusan Penuh:-
  • kuala langat vs gombak = 5 - 0
  • kuala langat vs petaling perdana = 15 - 10
  • kuala langat vs hulu selangor = 30 - 0
  • kuala langat vs kuala selangor = 5 - 0
  • kuala langat vs klang = 5 - 15

Tiada ulasan: