Ahad, 14 September 2008

Drama Ombak Laut China Selatan

Aku nih jenis yang jarang sangat tengok drama atau filem melayu... sebab aku memang tak suka trend drama sekarang.. tak abis2 cerita cinta remaja lah.. koparat lah... cerita cam banggang pun masuk tv... waktu bercuti di Langkawi dulu aku ada menonton satu drama astro prima bertajuk Ombak Laut China Selatan.. memang memberi kesan mendalam... hasil arahan rasyid sibir.. nih ada keratan mengenai drama nih. Sepatutnya drama2 seperti ini perlu banyak dihasilkan oleh penggiat seni tempatan..



Anugerah Oskar 6 - Pesona Pictures, Opera Klasik ungguli filem dan telefilem
Oleh Norliza Mohamad Zakaria



ANUGERAH Oskar 6 yang berlangsung Sabtu lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur menyaksikan kemenangan besar bagi pihak Pesona Pictures apabila meraih lapan anugerah bagi kategori filem manakala Opera Klasik Sdn. Bhd., mengungguli kategori telefilem apabila berjaya merangkul sebanyak tujuh anugerah.


Pesona Pictures mengungguli anugerah itu melalui filem Waris Jari Hantu. Sementara Opera Klasik pula melalui drama-drama arahan Rashid Sibir iaitu Tanah Kubur, Ombak Laut China Selatan dan Wali.

Rashid Sibir yang ditemui pada majlis yang sama kelihatan gembira dengan kemenangan besar pihak Opera Klasik Sdn. Bhd.


Antara anugerah yang dimenangi oleh Opera Klasik Sdn. Bhd., ialah Audio Telefilem, Art Direktor Telefilem, Efek Visual Telefilem, Anugerah Khas Oskar 6, Direktor Telefilem Pilihan, Telefilem Pilihan dan Aktor Telefilem Pilihan.
Rashid juga merupakan calon tunggal yang tersenarai bagi kategori Telefilem Pilihan dan Direktor Telefilem Pilihan.



Diminta mengulas tentang kemenangan tersebut, kata Rashid; “Saya tak sangka dengan kemenangan ini. Sebab setahu saya ada 24 telefilem yang menghantar pencalonan, tetapi yang tersenarai untuk tiga yang terakhir adalah saya. Memang ini saya sifatkan sebagai sesuatu yang menakjubkan.


“Apa pun, saya bersyukur kerana ia jarang berlaku. Bagi pihak penerbit, saya ucapkan terima kasih kepada semua krew yang terlibat sepanjang pembikinan drama saya,” katanya.


Memberi mesej dan keinsafan


Ditanya tentang perancangan penghasilan projek dramanya selepas kemenangan ini katanya; “Selepas ini saya akan cuba menghasilkan lebih banyak drama yang mampu memberi mesej dan keinsafan.


“Walaupun sebelum ini ada pihak yang melabelkan saya sebagai postman kerana banyak menghasilkan drama-drama yang berbentuk nasihat, itu tidak menjadi halangan kepada saya kerana bagi saya lebih baik jadi postman daripada tidak menyumbangkan apa-apa dalam industri ini,” jelasnya.


Tambah Rashid, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menghasilkan filem berat untuk tahun 2009.



GEMBIRA.. Warga Opera Klasik Sdn. Bhd. gembira dengan tujuh kemenangan pada Anugerah Oskar 6 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


4 ulasan:

Suhaila Mohd Nasir berkata...

Cerita yang menarik dan mengundang sayu dihati....There is tears in ur eyes...showing that u are sensitive..shhh my dear..shhhh..let me be ur
shoulder to cry on...

Mohd Anuar Mohamad Yusof berkata...

sempena ramadhan@raya nih memang sesuai la untuk tgk citer macam ni. ada mesej yang nak disampaikan..

aku tersentuh dengan watak ibu dan bapak si murad nih... bapak dia memang la garang... tapi marah orang tua takde lah sampai benci... dia marah sayang... anak dia tak dapat tangkap bahawa bapak dia sayang pada dia...

mesej yer jelas.. kasih sayang tuh adalah sesuatu yang subjektif... orang tua sukar menunjukan kasih sayang pada anak..

Mohd Anuar Mohamad Yusof berkata...

anak2 zaman sekarang patut bersyukur kerna mak bapak sekarang dah pandai tunjukan kasih sayang pada anak.... contoh yer aku la..

takde lah macam aku dulu... mak bapak macam singa.. aku ler org selalu kena libas dgn rotan@batang ubi dan sewaktu dengannya... huhuhu.. :p

tapi la nih aku ler yang paling manja sekali dengan mak bapak aku.... putaran waktu... kalau dulu aku cukup angin bila kena libas... la ni baru paham apsal kena libas... so... sendiri pikir la.. adios

Tanpa Nama berkata...

aku adalah peminat citer2 rashid sibir nih..kalau nak tau, aku boleh detect cerita tu arahan siapa dgn hanya melihat sinematografi, cara dia ambik angle2 atau shot tu berbeza dr pengarah lain..
yup..cerita dia banyak yg meninggalkan kesan dan pengajaran bg org yg mahu dan tahu berpikir....
lau kita leh kuarkan tears, maknanya kita menjiwai cerita itu..