Rabu, 10 September 2008

Barangan Terpakai @ Bundle... Apa benda yer nih?

Apa itu pakaian@barangan bundle?

Pakaian@Barangan bundle ni memang dah lama ada dekat malaysia ni. Kalau dari zaman aku sekolah dulu memang orang dah sibuk-sibuk nak mencari bundle terutamanya budak-budak yang gilakan brand. Berebut-rebut pergi kedai bundle kalau stok baru masuk...
tapi apa sebenarnya pakaian bundle ni?

Pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang terpakai yang diimport dari luar negara seperti US, Jepun, UK, Korea dan negara-negara Eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Inilah yang dipanggil BUNDLE. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. Kita boleh jumpa pakaian tu siap dengan tagging dia lagi. Kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai.



Jenis pakaian bundle...???

Jenis pakaian yang ada dalam bundle macam-macam dari kemeja & t-shirt sampailah ke bra dan girdle. Hehehe.. memang 1001 macam jenis pakaian. Tapi selain pakaian biasa ada juga bundle kasut, selimut, toto, langsir dan macam-macam lagi lah. Selagi benda tu boleh digunakan semula, memang akan dijual sebagai bundle.

Apa yang menariknya pakaian second hand ni...?? Kepada mereka yang tak pernah @ tak minat pakai bundle ni mesti pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. Tak kurang pula yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. Ini terpulanglah kepada citarasa dan minat masing-masing. Tapi apa yang menariknya pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US. Kualiti kain dan printing memang bagus. Bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah.

Bagi aku pulak, aku diperkenalkan barangan bundle ni dari bapak aku... bapak aku nih memang kaki bundle. Dari perabot rumah, alat elektrik sampaikan ke pakaian pergi kedai bundle. Maklum ler keluarga aku bukan nyer orang berada sangat jadi terpaksa ler berjimat cermat. Kalau beli meja makan baru rm250, kalau kat kedai bundle boleh dapat rm100 made in Italy lagi, sapa tak mau. Tapi itu dululah. Sekarang tokey kedai bundle ni dah pandai demand harga. Sampai itu tokey kedai bundle kamceng dengan bapak aku. Kalau barang baru sampai kompem dia inform bapak aku dulu. Maklum lah regular customer.


Aku pulak lebih kepada baju rugby ( Canterbury ). Kalau masuk mana2 kedai bundle, mesti aku usha baju canterbury dulu. Aku nih suka dengan jersi-jersi rugby sebab design nyer yang tahan lasak dan pelik2 sikit. Lagi satu jarang sangat orang pakai baju rugby kalau jersi bola tuh melambak orang pakai. Nak beli jersi baru kat butik canterbury kat uitm @ the curve tuh mahal yer... maklum lah dah berkeluarga nih banyak benda nak berjimat. Tapi sebab minat dari bujang lagi terpaksa ler ke bundle jugak akhir nya.



p/s:- sekarang susah nak dapat jersi canterbury kat bundle... so aku dah bertukar arah ke Ebay.. macam-macam ada.

8 ulasan:

Shamsul Baharin Bokhari berkata...

Salam Ramadan...kalau tak silap aku , nak cari baju Canterbury memang susah...rasa nyer kat Malaysia ni...kat One Utama, Damansara tu je outlet nya..

Mohd Anuar Mohamad Yusof berkata...

waaalaikumsalam... butik canterbury dah tutup la sol kat situ... dah pindah pegi the curve.. satu lagi ada butik mini kat uitm... mahal rege yer weh... waktu bujang dulu boleh ler ... la ni dah ada anak bini tuh yang layan bundle tu.. tapi sekarang nih aku layan ebay jer.. ikbal yang kasik jalan huhuhu :p asta la vista

Tanpa Nama berkata...

kalau dah minat tu dah takleh nak kater la kan..minat masing2..takpe2..teruskan

Suhaila Mohd Nasir berkata...

emmmm.. bundle lagi..tp cantik gak design baju2 ni. jgn tak tau my hubby leh buat untung bila jual balik baju yang dia dah beli..kalau rare lagi mahal.Kalau da minat nie...susah kira die-hard-fan bundle la my hubby ni.

Mohd Anuar Mohamad Yusof berkata...

aku jual jersi rugby lama aku guna ebay.com... hasil nyer boleh ler aku beli baju raya untuk anak2 aku... yang pasti nyer jersi rugby jugak.. bukan bundle tapi masih dalam plastik lagi 'baru'.

muor76 berkata...

main rugby ker?

skang nih susah nak dpt baju canter kat bundle.. tengok luck gak..
ade sesetengah tokeh bundle asal brand canter jerk mesti nak up rege..
takde nyer diasing round neck, polo shirt n jersy.. dibantai samer jerk rege nyer..
aku pon collect canter.. tapi skang nih dah stop pasal nak tuko lain lak..
eh kat ner yerk bundle yg best best?

Tanpa Nama berkata...

Retro Artkids Enterprise merupakan pembekal bekalan pakaian bundle
kepada sesiapa sahaja yang ingin mula belajar berniaga @ pembekal
kepada peniaga-peniaga dengan kadar harga yang rendah dan berpatutan.
Retro Artkids Enterprise hanya menjual pakaian berjenama gred A
Original JAPAN & USA sahaja.




PRICE LIST 2009

* NO 1 SELUAR JEANS MISAI KUCING - USA-100KG-RM4700
* SELUAR JEANS LELAKI BIRU - JAPAN - 100KG - RM4300
* SELUAR JEANS BELL BOTTOM - USA - 100KG - RM6300
* NO 1 SELUAR JEANS LEVIS 501 - USA - 100KG - RM3000
* SELUAR JEANS PEREMPUAN SPECAIL - JAPAN + USA- 100KG - RM1700
* SELUAR JEANS LEVIS PEREMPUAN - JAPAN + USA - 100KG - RM2500
* SELUAR JEANS SAIZ BESAR - USA - 100KG - RM1300
* SELUAR JEANS POKET BANYAK - JAPAN + USA - 100KG - RM3000
* SELUAR PENDEK POKET BANYAK - JAPAN - 100KG - RM1900
* SELUAR PANJANG POKET BANYAK - JAPAN - 100KG - RM1700
* SELUAR SLACK DOCKERS - USA - 100KG - RM1700
* SELUAR COTTON - JAPAN + USA - 100KG - RM1200
* SELUAR PENDEK BOXER - JAPAN - 100KG - RM1400
* SELUAR JEANS PENDEK - USA - 300HELAI - RM850
* SELUAR JEANS PENDEK KEPALA KAIN - USA - 150HELAI - RM2300
* JEANS SKIRT DEWASA - JAPAN + USA - 120HELAI - RM1000

PRICE LIST 2009

* T-SHIRT TEBAL LENGAN PANJANG BEJENAMA - USA - 50KG - RM600
* T-SHIRT SUKAN SPECIAL - JAPAN + USA - 100KG - RM2300
* T-SHIRT LENGAN PENDEK - JAPAN + USA - 100KG - RM2300
* KEMEJA JEANS BIRU GELAP - JAPAN + USA - 100KG - RM3300
* NO 1 KEMEJA - JAPAN + USA - 100KG - RM1700
* NO 1 JACKET DEWASA - JAPAN + USA - 100KG - RM1700
* NO 1 JACKET SALJI TEBAL - JAPAN + USA - 100KG - RM1400
* JACKET JEANS BERJENAMA - JAPAN + USA - RM1500
* JEANS OVERALL - JAPAN + USA - 100KG - RM1300
* JEANS COVERALL - JAPAN + USA - 100KG - RM1400
* SAPU TANGAN - USA - 45KG - RM2000



*T-SHIRT 100KG = 500 HELAI

*SELUAR JEANS 100KG = 150/170 HELAI

*Kadar keuntungan BERSIH bagi 1 bales diantara RM3000 - RM6000

*Kos penghantaran bundle besar RM50 dan RM35 bagi bundle kecil.

*Bekalan pakaian bundle hanya dijual kepada peniaga semenanjung malaysia sahaja.


Thanks and regard
Retro Artkids Enterprise
+6013 - 9140 888 / +6017 - 288 5551
retroartkids@gmail.com
http://pockids.wordpress.com/

mr.onn berkata...

apa susah2.....dekat http://trendbundle.com pun ada jual..terbaik wokk :)